.
.
.
.
Infra Desa Johor ditubuhkan pada tahun 1996 atas ilham Y.A.B Menteri Besar Johor, Dato' Abd. Ghani Bin Othman dengan matlamat utama untuk melaksanakan projek menaik taraf jalan-jalan kampung secara holistik (menyeluruh) dan bersepadu di seluruh pelusuk Negeri Johor Darul Ta'zim.
Dalam Tempoh 4 Tahun (1996 – 2000), Kerajaan Negeri Johor Melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Infra Desa Johor (IDJ) telah berjaya merealisasikan impian dan harapan rakyat negeri Johor untuk menikmati kemudahan infrastruktur jalanraya yang lebih baik. Sepanjang 2545.98 KM yang melibatkan 1457 jalan-jalan kampung telah berjaya dibina .
Bermula dari tahun 2001, Infra Desa Johor telah diberi amanah oleh Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan kampung yang telah dibina tersebut. Sehingga ke hari ini (2010), Infra Desa Johor telah diberikan tanggungjawab untuk menyelenggara 5000km jalan-jalan kampung di seluruh pelusuk negeri Johor Darul Ta'zim.
Mahu menjadi sebahagian daripada kontraktor berdaftar kami ...
![]() |
Penyelenggaraan Jalan-jalan Kampung di Negeri Johor Darul Ta'zim Infra Desa Johor bertanggungjawab untuk menyelenggara 5000km jalan-jalan kampung di seluruh negeri Johor Darul Ta'zim. |
|
![]() |
Membina dan Menyiapkan Sistem Saliran, Jalan Permatang Dan Jalan Denai, Kg. Kempas Baru, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. | |
![]() |
Cadangan Pembangunan Ladang Satelit Untuk Program Fidlot Nasional Di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Keruing, Daerah Kota Tinggi, Johor | |